Rahsia & Khasiat Minyak Zaitun Dan Cuka
Minyak Zaitun |
Cuka Delima |
Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah al-Tiin:
"Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun." Demikianlah, buah zaitun disebut dalam al-Quran yang tentunya mempunyai keistimewaan tersendiri. Dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali; dua kali disebut zaitun bersendirian, lima kali disebut berserta dengan buah-buahan lain, antaranya tamar, delima, anggur dan buah tin. Ini menunjukkan tentu ada banyak kelebihan atau khasiat buah zaitun yang Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah zaitun nama botaninya disebut olea europea banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan tempat pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Minyak zaitun atau olive oil adalah hasil perahan daripada buah zaitun.
"Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun." Demikianlah, buah zaitun disebut dalam al-Quran yang tentunya mempunyai keistimewaan tersendiri. Dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali; dua kali disebut zaitun bersendirian, lima kali disebut berserta dengan buah-buahan lain, antaranya tamar, delima, anggur dan buah tin. Ini menunjukkan tentu ada banyak kelebihan atau khasiat buah zaitun yang Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah zaitun nama botaninya disebut olea europea banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan tempat pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Minyak zaitun atau olive oil adalah hasil perahan daripada buah zaitun.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Ambillah minyak zaitun dan sapu ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga juzam (kusta)."Justeru, khasiat buah zaitun merupakan anugerah Allah yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja ia disebut dalam al-quran malah pakar-pakar sains juga mengiktiraf keistimewaannya.
Al KOURA OLIVE OIL (250ml) RM143 - 12 BOTTLE x 250gm (1 BOX) **Harga berubah mengikut kuantiti **Harga pos mengikut lokasi |
Rambut lebih sihat
Produk perawatan rambut yang mengandungi minyak zaitun merupakan pilihan tepat dan sihat untuk mengatasi masalah kering, kusam, rapuh, gugur dan bercabang. Penggunaan rangkaian syampu serta perapi dengan kandungan minyak zaitun secara teratur dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak oleh bahan kimia atau kepanasan pengering rambut. Selain itu, minyak zaitun mampu memberi kelembapan ekstra pada helai rambut dan membuat rambut nampak sihat, lebih berkilau serta terhindar daripada masalah keguguran dan rambut bercabang.
Selain daripada menggunakan syampu dan perapi yang berasaskan minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak zaitun ‘extra virgin’ dalam rutin perawatan rambut di rumah. Caranya amat mudah. Sapukan minyak zaitun pada akar dan helaian rambut yang kering dan lakukan urutan ringan selama lima minit pada seluruh bahagian kepala untuk membantu minyak meresap dengan mudah. Selepas itu, bungkus rambut dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas rambut dengan syampu. Untuk mengelakkan rambut daripada rosak akibat penggunaan pengering rambut, anda juga boleh sapukan minyak zaitun pada helaian rambut sebelum mengeringkan rambut.
Payudara lebih anjal
Khasiat antikedut minyak zaitun juga dikatakan mampu membuat kulit sekitar payudara menjadi lebih tegang. Apatah lagi jika penggunaannya disertai dengan urutan payudara yang khusus. Tidak hanya kulit, bentuk payudara anda juga akan kelihatan lebih menarik dan seksi. Caranya mudah sahaja, oleskan minyak zaitun di sekitar payudara, lalu urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat ke arah ketiak selama 10 minit. Kemudian, tutup payudara dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 10 minit. Untuk rawatan intensif, campurkan minyak zaitun dengan telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan pada payudara dan lakukan urutan seperti biasa.
Kulit Tubuh Lebih Anjal
Sekiranya minyak zaitun dicampurkan ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan terlihat lebih berseri-seri. ‘Polyphenols’ yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan air panas/suam dipercayai dapat membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan.
Campuran minyak zaitun dengan minyak ‘essential’ yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit. Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan terlihat lebih remaja, sihat dan bercahaya.
Melembutkan kulit kaki dan tangan
Bagi anda yang sering menghadapi masalah kulit tangan dan kaki kering, kasar serta kuku mudah patah, minyak zaitun boleh menyelesaikan masalah ini. Untuk masalah kulit dan kaki yang kering, minyak zaitun berkhasiat untuk melembapkan kulit. Untuk masalah kulit kaki yang kasar dan menebal, minyak zaitun akan bertindak secara maksimum jika dicampur dengan skrub kaki. Penggunaannya harus disertai dengan pemakaian ‘loofah’ atau berus kaki agar menyingkiran sel kulit mati lebih berkesan.
Sebagai alternatif, anda boleh mencampurkan minyak zaitun dengan gula putih sebagai pengganti skrub. Gosokkan campuran ini pada bahagian kulit yang kasar dan menebal seperti siku, lutut dan tapak kaki. Lakukan setiap hari agar hasilnya memuaskan. Khusus mendapatkan kuku yang kuat, titiskan minyak zaitun pada air suam dan rendam tangan selama 10 minit. Untuk hasil terbaik, lakukan rawatan ini seminggu sekali. Selain daripada melembapkan kulit di sekitar kuku, rawatan ini juga amat baik untuk mencegah terjadinya kutikel kuku.
Mencegah Kedutan Wajah
‘Polyphenols’ dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan ‘polyphenols’ ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi ia juga dapat berfungsi sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.
Tidak perlu menunggu sehingga umur menginjak ke 30 tahun untuk mencegah kedutan wajah. Kandungan semulajadi minyak zaitun boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tidak mengira umur dan masalah kulit yang dihadapinya. Selain mencegah proses penuaan, penggunaan produk kecantikan yang berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri.
Minyak zaitun membuat sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunakan solekan yang tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap.
[Pemilihan minyak zaitun amat penting, hendaknya ianya dihasilkan oleh orang Islam sendiri dan sebaik-baiknya hendaklah datangnya dari bumi yang dibekahi iaitu bumi Palestine di sekitar Ramallah].
Antara khasiat minyak zaitun:
- Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
- Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
- Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
- Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
- Antioksidan dan antikanser
- Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
- Membekal vitamin E yang tinggi
- Kecantikan (kulit dan rambut)
- Kestabilan asid lemak
- Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
- Kegunaan massage therapy
- Berkesan untuk bisul, ruam lampin, dan gatal-gatal
No comments:
Post a Comment