Saturday, 15 December 2012

Kebaikan Kismis

Kismis Ada Dijual Di El-Nuran


APA ITU KISMIS ?

Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.



ii)         KANDUNGAN KISMIS


Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet ia adalah untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita.


iii)        KELEBIHAN  KISMIS



Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.



Nabi Muhammad SAW bersabda:



“Biasakanlah memakan kismis 
kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”

Kismis Gold Jumbo
Harga 1kg-5kg = RM23
Harga 6kg-10kg = RM22
Harga 11kg ke atas = RM20
Kismis Black Jumbo
Harga 1kg-5kg = RM23
Harga 6kg-10kg = RM22
Harga 11kg ke atas = RM20

Mix Kismis Jumbo
Harga 1kg-5kg = RM23
Harga 6kg-10kg = RM22
Harga 11kg ke atas = RM20
Indian Kismis
Harga 1kg-5kg = RM21
Harga 6kg - 10kg = RM20
Harga 11kg ke atas = RM19


Antara khasiat kismis ialah :
1.Ia menajamkan minda atau daya ingatan kerana otak memerlukan banyak gula fruktosa untuk berfungsi dengan baik.
2.Menjadi sumber semulajadi anti oksida kerana kismis mengandungi fenol. Anti oksida melindungi tubuh dari adikal bebas ( sebab itulah banyak bahan kecantikan me war-warkan anti- oksida ni dalam produk mereka )
3.Kismis menyihatkan dan melindungi gigi dan gusi kerana  ia kaya dengan asid oleanolik.Asid Oleanolik mampu menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan plak dan kerosakan gigi.
4.Kismis kaya dengan potasium dan sodium yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
5.Menguatkan tulang kerana di dalam buah kering ini terkandung fiber dan asid tartaric
Setelah kita tau betapa banyaknya khasiat kismis pada tubuh badan kita, jom kita satu famili amalkan makan kismis sebagai snek harian. Bukan untuk anak-anak saja malah ibu bapa sendiri untuk menjamin kesihatan yang lebih baik. Dari mengunyah keropok-keropok atau junk food, mengunyah kismis adalah jauh lebih menyihatkan.

No comments:

Post a Comment