Di sini El-Nuran ingin berkongsi dengan semua pembaca tentang kejadian yang berlaku di kedai baru-baru ini. Yer la, sebelum ni asyik share tentang produk, khasiat, harga.. Kali ini nak share kejadian dan unsur khurafat yang betul-betul berlaku di depan mata. Sebelum ni selalu baca dalam majalah Mastika ataupun dalam TV je. Mengucap panjang El-Nuran. Astaghfirullahalazim..
Nak dijadikan cerita, masa tu dah pukul 5.45 petang. Kebiasaannya, El-Nuran dah bersiap-siap nak tutup kedai. Tiba-tiba ada satu pasangan masuk ke kedai dan tercari-cari sesuatu. Disebabkan dah nak tutup kedai, maka kena la El-Nuran bertanyakan apa yang dicari. Muka si isteri seperti tengah menahan sakit. Bila diperhatikan, si isteri berjalan hanya setapak demi setapak. Si suami yang tawaf kedai sejak tadi terus bertanya, "Di sini ada jual minyak Misik tak dik?". El-Nuran tanya kepada si suami tu, "Minyak Misik tu apa, bang? Kat dalam kedai ni takde minyak tu. Minyak zaitun ada la.." Disebabkan tak puas hati, El-Nuran pun terus buka google. Nasib baik streamyx baru je dipasang. Rupa-rupanya ini lah dia rupa minyak misik tu... hmmm...
Minyak Misik |
El-Nuran kongsikan antara Kegunaan minyak Misik yang El-Nuran jumpa di internet:
- Penjagaan keris / barang bertuah / hikmah / berqadam
- Ilmu pengasihan, kekebalan, persugihan dan banyak lagi
- Memulih, mengembalikan kekuatan barang mistik / berqadam
- Memujuk qadam yang merajuk
- Penjagaan keris / barang bertuah / hikmah / berqadam
- Ilmu pengasihan, kekebalan, persugihan dan banyak lagi
- Memulih, mengembalikan kekuatan barang mistik / berqadam
- Memujuk qadam yang merajuk
- Ada yang menggunakan
untuk ilmu penarikan wang / harta terpendam
- Penamat / khatam pembelajaran ilmu perubatan dan persilatan
- Penamat / khatam pembelajaran ilmu perubatan dan persilatan
Kata si suami tu tadi, dia perlukan minyak tu untuk mengurut isterinya yang menanggung sakit pinggang yang teruk. Jadi si suami minta pendapat, apa yang boleh dibelinya di kedai ni. Mendengar derita si isteri tadi, El-Nuran sarankan kepada si suami tersebut supaya membeli Air Anugerah - 30 Juzuk Al-Quran (500ml) untuk diminum, ataupun air Zam-Zam untuk diminum dan disapu kepada pinggang isterinya, serta minyak zaitun El-Koura untuk di urut. El-Nuran nampak macam si suami macam tak berapa puas hati dan bertanya, "Macam mana cara nak minum dan pakai air dan minyak tu?"
El-Nuran cuma katakan :-
- Air Anugerah (30 Juzuk Al-Quran) - Bismillah, Selawat 3 kali, Niat mengikut keperluan Lafazkan niat sebelum minum. Jangan dilangkah Air Anugerah kerana air ni sudah didoakan
- Air Zam-Zam - Mengadap ke arah Qiblat, Membaca Bismallah, Menggunakan tangan kanan, Minum dalam keadaan tenang dengan 3 kali nafas iaitu dengan 3 kali teguk dan berdoa selepas meminumnya.
- Minyak Zaitun - Bismillah dan sapu di bahagian yang sakit.
Dalam Rancangan Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Sharhan Safie ada mengatakan "Jika kita diuji dengan kesakitan, janganlah merungut. Yakinilah bahawa Allah sedang menguji kita. Amalkan membaca ayat-ayat Al-Quran, jika belum diizinkan sembuh, InsyaAllah boleh dapat pahala. Al-Quran ini merupakan hidangan kepada rohani kita. Manusia takkan sunyi daripada penyakit, kerana itu merupakan satu bentuk ujian. Kita perlu berikhtiar mengikut jalan yang dibenarkan."
Bacaan surah At-'Araf ayat 54-56:
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment