Sedutan Tanyalah Ustaz 28.11.2012 - Kesilapan Ibu Bapa Terhadap Anak - Anak
Antara soalan-soalan yang diajukan kepada Ustaz Mohamed Hanafiah B Abdul Malik pada rancangan Tanyalah Ustaz (TV9) pada 29.11.12 ialah:
S: Adakah makanan yang kita masak atau beli menyebabkan anak jadi degil?
J: Karbohidrat (nasi, roti, dsb) boleh menyebabkan anak menjadi terlalu aktif atau mengantuk. Ajar anak makan sedikit. Elakkan juga mengajar anak minum air bikarbonat yang mengandungi 'radical sugar'. 'radical sugar' boleh membuatkan seseorang itu agresif dan 'violent' atau pendiam tapi pendendam. Jangan ajar anak makan 'jajan'. Ibu-bapa perlu pastikan juga yang sumber rezekinya adalah yang halal sahaja. Ajar anak makan makanan sunnah seperti kurma, kismis dan madu.
Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan-santun serta cerdas pemikirannya".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".
Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Sabda Rasulullah SAW :
"Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu".
(Riwayat Shahih Al-Bukhari)
"Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu".
(Riwayat Shahih Al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment