Saturday, 15 December 2012

Di El-Nuran Ada Menjual Pelbagai Jenis Kurma

Pelbagai Jenis Kurma Di Jual Di El-Nuran

Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.


Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.



Buah Kurma Anbarah
Harga 1kg-5kg : RM98 perkg

Harga 6kg-10kg : 95 perkg
Harga 11kg ke atas : RM90 perkg
**Harga tidak termasuk pos
**Gambar sekadar hiasan


Buah Kurma Nadiya Almond
Harga 1kg-5kg : RM47 perkg
Harga 6kg-10kg : 45 perkg
Harga 11kg ke atas : RM42 perkg
**Harga tidak termasuk pos
**Gambar Sekadar Hiasan

               
Buah Kurma Maryam
Harga 1kg-5kg : RM40 perkg

Harga 6kg-10kg : 39 perkg
Harga 11kg ke atas : RM38 perkg
**Harga tidak termasuk pos
**Gambar Sekadar Hiasan

Buah Kurma Merah
Harga 1kg-5kg : RM10 perkg

Harga 6kg-10kg : 9 perkg
Harga 11kg ke atas : RM8 perkg
**Harga tidak termasuk pos
**Gambar Sekadar Hiasan

Buah Kurma Nabi / Ajwa
Harga 1kg-5kg : RM110 perkg
Harga 6kg-10kg : 105 perkg
Harga 11kg ke atas : RM100 perkg
**Harga tidak termasuk pos
**Gambar Sekadar Hiasan
Buah Kurma Safawi
Harga 1kg-5kg : RM35 perkg

Harga 6kg-10kg : 34 perkg
Harga 11kg ke atas : RM33 perkg
**Harga tidak termasuk pos
**Gambar Sekadar Hiasan

Buah Kurma Sukari
Harga 1kg-5kg : RM49 perkg
Harga 6kg-10kg : 47 perkg
Harga 11kg ke atas : RM45 perkg
**Harga tidak termasuk pos
**Gambar Sekadar Hiasan

Tahukah Anda?
i.     Kurma Mencegah Serangan Strok
Kandungan kalorinya yang tinggi dan mudah dicerna oleh tubuh memang sesuai kalau digunakan saat berbuka puasa. Namun, ada khasiat yang lebih istimewa: kurma boleh menurunkan risiko serangan strok berkat tingginya kalium yang dikandungnya.  Buah-buahan dikenal sebagai sumber utama vitamin, terutama vitamin C dan mineral. Sudah begitu, kandungan tenaga atau kalorinya pun rendah, sebab lemak yang dikandungnya juga rendah. Namun, ada pengecualian, misalnya kurma. Kandungan lemak pada kurma juga boleh diabaikan.
Namun, karbohidratnya yang tinggi membuat buah ini dapat menyediakan tenaga yang tinggi pula. Malah paling tinggi diantara keluarga besar buah-buahan. Keunggulan lainnya, kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah, yaitu kalium. Fungsi mineral ini membuat denyut jantung makin teratur, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengatur tekanan darah. Itulah sebabnya kurma menjadi istimewa. Apalagi, beberapa penelitian membuktikan, makanan tinggi kalium ini dapat menurunkan risiko serangan strok.
ii.     Memiliki Aktiviti Seperti Aspirin/Pill Killer
Selain kalium yang berguna bagi kesehatan jantung dan pembuluh darah, kurma juga mengandung salisilat. Zat ini, dikenal sebagai bahan baku aspirin, Ubat pengurang atau penghilang rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembukan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngeri/ngilu. Kecuali itu, menurut Nurfi Afriansyah, staf penyelidik KIE Gizi Puslitbang Gizi Bogor, salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot , menurunkan tekanan darah). Sementara itu, Jean Carper dalam bukunya Food,Your Miracle Medicine menyatakan kurma mempunyai aktiviti seperti aspirin.
Kurma kering , katanya, sangat tinggi kandungan salisilat alias aspirin alaminya. Buah ceri, prune dan kismis kering  juga kaya dgn kalium  kerana ia juga mengandung salisilat. orang yang peka dengan aspirin, kalau menyantap makanan mengandung salisilat, akan bereaksi sama  dengan orang yg minum aspirin. Karena itu, pakar kesihatan yang mendalami alergi biasanya akan mewarwarkan mereka yang peka terhadap aspirin supaya menjauhi makanan mengandung salisilat, termasuk kurma. 
iii.     Komposisi Gizi
Buah kurma boleh dimakan secara langsung, dalam keadaan kering atau segar. Disamping itu, juga boleh dimanfaatkan untuk berbagai hidangan seperti aneka produk roti, permen, ais krim, selada dan sirap. Di negera Arab kurma  mendapat tempat yang cukup baik di dalam masyarakat. Buah berbentuk silinder dengan biji beralur tunggal ini biasanya dikonsumsi bersama hasil olahan susu.

Kebaikan Kismis

Kismis Ada Dijual Di El-Nuran


APA ITU KISMIS ?

Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.



ii)         KANDUNGAN KISMIS


Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet ia adalah untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita.


iii)        KELEBIHAN  KISMIS



Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.



Nabi Muhammad SAW bersabda:



“Biasakanlah memakan kismis 
kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.”

“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.”

Kismis Gold Jumbo
Harga 1kg-5kg = RM23
Harga 6kg-10kg = RM22
Harga 11kg ke atas = RM20
Kismis Black Jumbo
Harga 1kg-5kg = RM23
Harga 6kg-10kg = RM22
Harga 11kg ke atas = RM20

Mix Kismis Jumbo
Harga 1kg-5kg = RM23
Harga 6kg-10kg = RM22
Harga 11kg ke atas = RM20
Indian Kismis
Harga 1kg-5kg = RM21
Harga 6kg - 10kg = RM20
Harga 11kg ke atas = RM19


Antara khasiat kismis ialah :
1.Ia menajamkan minda atau daya ingatan kerana otak memerlukan banyak gula fruktosa untuk berfungsi dengan baik.
2.Menjadi sumber semulajadi anti oksida kerana kismis mengandungi fenol. Anti oksida melindungi tubuh dari adikal bebas ( sebab itulah banyak bahan kecantikan me war-warkan anti- oksida ni dalam produk mereka )
3.Kismis menyihatkan dan melindungi gigi dan gusi kerana  ia kaya dengan asid oleanolik.Asid Oleanolik mampu menghalang pertumbuhan bakteria yang menyebabkan plak dan kerosakan gigi.
4.Kismis kaya dengan potasium dan sodium yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
5.Menguatkan tulang kerana di dalam buah kering ini terkandung fiber dan asid tartaric
Setelah kita tau betapa banyaknya khasiat kismis pada tubuh badan kita, jom kita satu famili amalkan makan kismis sebagai snek harian. Bukan untuk anak-anak saja malah ibu bapa sendiri untuk menjamin kesihatan yang lebih baik. Dari mengunyah keropok-keropok atau junk food, mengunyah kismis adalah jauh lebih menyihatkan.

Monday, 10 December 2012

Peanut Candy Di jual Di El-Nuran


Peanut Candy


Di kedai El-Nuran ada menjual Peanut Candy. Ada flavour barley, chocolate & coffee. 

Harga:
Trial Pack : 6 biji mix candy (RM3.50) & 10 biji mix candy (RM5.00)
1kg - RM25.00
2kg hingga 5kg - RM24.00 per kg

6kg hingga 10kg - RM23.00 per kg
11kg ke atas - RM22 per kg
**Harga tidak termasuk pos


Boleh campur mana2 flavour.
PM untuk tempahan. :-)
Peanut Barley
Peanut Chocolate


Peanut Coffee
Peanut Barley Candy sesuai dimakan seisi keluarga.. Digemari oleh kanak-kanak mahupun dewasa. Boleh dijadikan pelengkap kepada jamuan, dijadikan buah tangan dan sebagainya.Kalau dah makan susah nak berhenti...makan sekali pasti nak banyak k
ali...sy gerenti anda puashati...kalau tak percaya trylah beli ;))
sape yg berminat leh la order k..

Rasa candy ni mcm kacang tumbuk (gula-gula udang) yang kita selalu makan kecik2 dulu..

Tapi El-Nuran tak jual yang dalam gambar ni tau. Ni contoh nak flashback balik rasa yang kita pernah makan masa budak2 dulu.. ;-)
Gambar Hiasan - Kacang Tumbuk

Khall Dates Cider (Cuka Kurma)

Harga 1 kotak (25 sachet) : RM45.00 (S/M) & RM55.00 (S/S)
1 sachet : RM2.00



Khall Cuka adalah adunan khas dengan kombinasi pemakanan Sunnah seperti Khal (Cuka Kurma) Madu Lebah, Minyak Habbatussauda dan kismis yang terkenal dengan khasiatnya dan ia diperkayakan dengan Minyak Kelapa Dara untuk menjamin kestabilan dan pengekalan Vitamin A,D,E dan K. Cuka Kurma Khall adalah sesuai untuk semua dan ia merupakan makanan Sunnah yang hebat .


.Rasullullah bersabda:"Sebaik-baik makanan ialah KHAL.Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi sebelum aku dan jangan terputus KHAL dalam sesuatu rumah."


“ Barang siapa menghidupkan sunnahku maka ia telah mencintaiku, dan barang siapa mencintaiku maka ia akan bersamaku di surga “ ( HR. Thabarani dari Anas ibnu Malik)


Dari Ibnu Abbas Rasulullah SAW bersabda “ Barangsiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku disaat rosaknya umatku, maka baginya pahala seperti pahala seratus orang mati syahid.” (Al Baihaqi).



KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?

Khall dapat memotong lemak,kolesterol,asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid didalam badan),garam yang berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit berbahaya.Ia juga kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan dan kaya dengan vitamin seperti Vitamin C,EB1,B6, beta karotena dan Vitamin P(bioflavonoid)

MANFAAT MENGAMALKAN KHAL DATES CIDER

*Penambah tenaga dan meningkatkan stamina tubuh.hilang rasa letih, dan rasa lebih segar
*Membantu meningkatkan daya ingatan
*Membantu membuang kolesterol dalam badan.Lemak yang berlebihan dalam makanan boleh dibuang melalui perkumuhan terutama bagi mereka yang gemuk atau obesiti.
*Membuang toksid didalam badan
*Membantu masalah perkumuhan dan penghadaman
*Membantu masalah gastrik dan sembelit
*Sesuai untuk ibu-ibu yang lepas bersalin
*Membantu kelancaran susu
*Membantu masalah senggugut dan keputihan
*Membantu tenaga suami dan isteri


Dengan KHAL ia dapat membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan (obesiti) .Disampingkan itu ia dapat mempercepatkan proses awet muda, badan yang cantik, keremajaan kulit dimuka,melambatkan proses penuaan dan membuang lemak diperut.Ia juga membuatkan kulit kelihatan sihat,melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya muka,tangan dan mengurangkan bintik-bintik hitam dikulit muka.Selain itu KHALL juga dapat membuang kolesterol dan lemak didalam badan terutamanya pada sistem usus diperut, lemak disaluran jantung dan buah pinggang,membaiki fungsi buah pinggang dan lemak yang berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.


PENGGUNAAN ATAU CARA MAKAN: Satu sachet setiap kali makan Tidak perlu dibancuh ,mudah dan terus diminum.Amalkan 1 sachet setiap pengambilan sebelum sarapan dan makan malam.Mulakan dengan Bismilah dan Selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga sebanyak 3 kali dan berniatlah semoga diberikan kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang baik demi melaksanakan semua tuntutan Nya.

Sunday, 9 December 2012

El-Nuran Kini Stokis Produk Kesihatan Minsyam - Losyen Minyak Zaitun Minsyam

Losyen Minyak Zaitun Minsyam - 100ml
Harga : RM20.00 (Semenanjung) / RM20.50 (sabah/Sarawak)


Olive Lotion adalah gabungan di antara minyak zaitun asli dan juga ektrak wangian semulajadi. Minyak zaitun sememangnya kaya dengan vitamin E yang mampu memberikan kelembapan dan kesan yang baik kepada kulit dan rambut anda . Lavender Rosemary versi wangian yang dirumus khas untuk memberikan anda kesegaran setelah anda menggunakannya. Pastikan Olive lotion sentiasa bersama anda. Gunakan produk yang berasaskan amalan dan pemakanan sunnah untuk memberikan anda kesegaran yang sebenar.

Nabi s.a.w bersabda:
"Makanlah minyak Zaitun serta berminyaklah dengannya, kerana ia dapat merawat 70 penyakit, termasuk kusta" - (At-Tibb Abu Nuaim)

KHASIAT

  • digunakan untuk melembabkan kulit
  • melambatkan uban
  • mengurangkan rekahan kulit bagi wanita mengandung
  • sangat baik digunakan sebagai minyak bayi
  • mengurangkan risiko kanser kulit
  • membantu meremajakan kulit


CARA PENGGUNAAN
Picit ke tapak tangan dan sapukan pada kulit atau rambut.


El-Nuran Kini Stokis Produk Kesihatan Minsyam - Kapsul Minyak Zaitun Syria

Kapsul Minyak Zaitun Syria
Harga : Semenanjung RM10.00 / Sabah&Sarawak RM10.50 


"Kapsul Minyak Zaitun Extra Virgin Syria" didatangkan khas dari negara Syria yang mana ia melalui proses perahan sejuk. Perahan sejuk (cold press) sangat penting di dalam menjaga nutrisi yang terkandung dalam minyak zaitun.

Nabi s.a.w bersabda: "Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia keluar daripada pohon yang diberkati"
(Riwayat Tirmizi)

KHASIAT

  • Mengurangkan kadar kolestrol Menghindari penyakit Kardiovaskular dan Arteriosclerosis
  • mengelak pembentukan batu hempedu
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu meningkatkan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • menstabilkan asid lemak

El-Nuran Kini Stokis Produk Kesihatan Minsyam - Kapsul Minyak Habatus Sauda Minsyam


Kapsul Minyak Habatus Sauda
Harga : RM12.00 (Semenanjung) / RM12.50 (Sabah / Sarawak)

Nabi s.a.w bersabda: Tetaplah dirimu dengan Habbatus Sauda (bijirin hitam) kerana padanya itu terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati)

Antara Khasiat Habbatus Sauda'

· Meningkatkan sistem ketahanan badan
· Menurunkan paras kolesterol
· Mengurangkan risiko sakit jantung
· Memusnahkan sel tumor dan menurunkan risiko pertumbuhan tumor
· Mencegah dan merawat kanser payudara
· Merendahkan paras gula dalam badan
· Penawar bagi Rheumatism dan anti radang
· Mengurangkan simptom penyakit asma
· Mengurangkan kemurungan
· Meningkatkan pertumbuhan sel darah merah
· Dan banyak lagi...

Di Sebalik Habbatus Sauda'
Dikenali dengan nama saintifiknya, Nigella Sativa. Habbatus Sauda telah ditemui dan digunakan sejak beberapa abad yang lalu di Asia Barat, Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan lebih dari 2000 tahun yang lalu. Ia telah digunakan secara tradisional oleh orang-orang Syria, Mesir purba and juga orang-orang Roman sebagai bahan ramuan kepada beberapa rawatan dan berbagai jenis penyakit dan juga untuk penjagaan kecantikan kulit dan rambut.
Ibnu Sina (980-1037), yang terkenal dengan nashkahnya, “The Canon of Medicine”, yang mana dianggap sebagai buku yang paling terkenal dalam sejarah perubatan samada di Barat atau Timur, merujuk kepada Habbatus Sauda sebagai “biji yang mempertingkatkan tenaga badan dan membantu dalam memulihkan kelesuan dan lemah semangat”
Habbatus Sauda merupakan satu bahan yang kompleks yang terdiri daripada lebih kurang seratus kompaun yang kebanyakannya belum lagi dikaji dan ditemui kegunaannya. Ia adalah kaya dengan sumber asid lemak tidak tepu dan mengandungi 35% minyak, 21% protin dan 38% karbonhidrat.

Wednesday, 5 December 2012

Unsur Khurafat Yang Telah Berlaku di Kedai El-Nuran

Assalamualaikum...

Di sini El-Nuran ingin berkongsi dengan semua pembaca tentang kejadian yang berlaku di kedai baru-baru ini. Yer la, sebelum ni asyik share tentang produk, khasiat, harga.. Kali ini nak share kejadian dan unsur khurafat yang betul-betul berlaku di depan mata. Sebelum ni selalu baca dalam majalah Mastika ataupun dalam TV je. Mengucap panjang El-Nuran. Astaghfirullahalazim..


Nak dijadikan cerita, masa tu dah pukul 5.45 petang. Kebiasaannya, El-Nuran dah bersiap-siap nak tutup kedai. Tiba-tiba ada satu pasangan masuk ke kedai dan tercari-cari sesuatu.  Disebabkan dah nak tutup kedai, maka kena la El-Nuran bertanyakan apa yang dicari. Muka si isteri seperti tengah menahan sakit. Bila diperhatikan, si isteri berjalan hanya setapak demi setapak. Si suami yang tawaf kedai sejak tadi terus bertanya, "Di sini ada jual minyak Misik tak dik?". El-Nuran tanya kepada si suami tu, "Minyak Misik tu apa, bang? Kat dalam kedai ni takde minyak tu. Minyak zaitun ada la.." Disebabkan tak puas hati, El-Nuran pun terus buka google. Nasib baik streamyx baru je dipasang. Rupa-rupanya ini lah dia rupa minyak misik tu... hmmm...




Minyak Misik


El-Nuran kongsikan antara Kegunaan minyak Misik yang El-Nuran jumpa di internet:
- Penjagaan keris / barang bertuah / hikmah / berqadam
- Ilmu pengasihan, kekebalan, persugihan dan banyak lagi
- Memulih, mengembalikan kekuatan barang mistik / berqadam
- Memujuk qadam yang merajuk
- Ada yang menggunakan untuk ilmu penarikan wang / harta terpendam
- Penamat / khatam pembelajaran ilmu perubatan dan persilatan

Kata si suami tu tadi, dia perlukan minyak tu untuk mengurut isterinya yang menanggung sakit pinggang yang teruk. Jadi si suami minta pendapat, apa yang boleh dibelinya di kedai ni. Mendengar derita si isteri tadi, El-Nuran sarankan kepada si suami tersebut supaya membeli Air Anugerah - 30 Juzuk Al-Quran (500ml) untuk diminum, ataupun air Zam-Zam untuk diminum dan disapu kepada pinggang isterinya, serta minyak zaitun El-Koura untuk di urut. El-Nuran nampak macam si suami macam tak berapa puas hati dan bertanya, "Macam mana cara nak minum dan pakai air dan minyak tu?"
El-Nuran cuma katakan :-

  • Air Anugerah (30 Juzuk Al-Quran) - Bismillah, Selawat 3 kali, Niat mengikut keperluan Lafazkan niat sebelum minum. Jangan dilangkah Air Anugerah kerana air ni sudah didoakan
  • Air Zam-Zam - Mengadap ke arah Qiblat, Membaca Bismallah, Menggunakan tangan kanan, Minum dalam keadaan tenang dengan 3 kali nafas iaitu dengan 3 kali teguk dan berdoa selepas meminumnya.
  • Minyak Zaitun - Bismillah dan sapu di bahagian yang sakit. 
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Ambillah minyak zaitun dan sapu ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga juzam (kusta)."Justeru, khasiat buah zaitun merupakan anugerah Allah yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja ia disebut dalam al-quran malah pakar-pakar sains juga mengiktiraf keistimewaannya.

Namun, si suami masih tetap ingin mencari dan mendapatkan minyak mistik tersebut. Tak mengapa lah.. Mudah-mudahan pasangan tersebut dapat mencari penawar yang mengikut syariat. In shaa Allah..

Dalam Rancangan Tanyalah Ustaz oleh Ustaz Sharhan Safie ada mengatakan "Jika kita diuji dengan kesakitan, janganlah merungut. Yakinilah bahawa Allah sedang menguji kita. Amalkan membaca ayat-ayat Al-Quran, jika belum diizinkan sembuh, InsyaAllah boleh dapat pahala. Al-Quran ini merupakan hidangan kepada rohani kita. Manusia takkan sunyi daripada penyakit, kerana itu merupakan satu bentuk ujian. Kita perlu berikhtiar mengikut jalan yang dibenarkan."


Bacaan surah At-'Araf ayat 54-56:


Wallahualam...

Sunday, 2 December 2012

Air Zam-Zam King Abdullah Arab Saudi

AIR ZAM-ZAM KING ABDULLAH (10 LITER) : HARGA : RM100.00
(tidak termasuk kos pos)

Kami juga menjual air Zam-Zam 1.5L & 500ML
AIR ZAM-ZAM (12 BOTOL - 1.5 LITER) : HARGA : RM288.00AIR ZAM-ZAM (24 BOTOL - 500ML) : HARGA : RM288.00

KHASIAT AIR ZAM-ZAM

Air zam zam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zam zam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”

Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.

Air zam zam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zam zam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zam zam.

Berdasarkan nas asy-Syafi'eyah, bahawa air zam zam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Disebutkan dalam hadis, Jabir bin ‘Abdullah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Air zam zam itu diminum untuk keperluan apa saja.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.

Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zam zam.
Rasulullah pernah bersabda: “Air zam zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki.” (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: “Air zam zam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai.

“Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zam zam. Maka, pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.

“Ramai ulama meminumnya kerana sesuatu hajat dan mereka berhasil memperolehnya.”
Disebut pengarang kitab al-'Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air zam zam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta.
Lalu, dengan izin Allah, beliau sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian itu dikhabarkan sendiri gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.

Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: “Maknanya, barang siapa minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.
“Hal ini, dicuba ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya memperolehnya.” (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).

Al-'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: “Saya dan juga orang lain mencuba berubat dengan air zam zam. “Saya berubat dengannya dalam banyak penyakit dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air zam zam hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa.”
Al-'Allamah seterusnya berkata: “Sudah berlaku kepada diri saya sewaktu di Makkah, saya sakit. Pada masa itu, saya benar-benar ketiadaan ubat dan doktor.
“Maka, saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air zamzam dan bacakan di atasnya berulang kali. Kemudian, saya minum lalu mendapati kesembuhan yang sempurna.
“Sejak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat.” (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)

Berkata pula Al-Hakim: “Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar bercerita mengenai Ibnu Khuzaimah ( Ibnu Khuzaimah ialah seorang ilmuwan besar), katanya: “Saya mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: “Daripada manakah tuan memperoleh ilmu?” Jawab lbnu Khuzaimah: “(Bukankah) Rasulullah pernah bersabda: “Air zam zam itu diminum mengikut apa yang diniatkan?” (Lihat Sairul A'Iam an-Nubala 14/370).
AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya, katanya: “Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi.
“Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zam zam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
“Dalam ilmu hadis hingga saya mencapai martabat al-Hafiz lbnu Hajar. Ada pun, semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah.
“Apalah yang ada untuk dimegahkan di dunia ini, sedangkan saat kembali semakin dekat dan uban pun mulai subur.” (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).

Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyata, yang amat mustahak itu adalah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu.


FAKTA

Rahsia kelebihan air zam zam
• Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
• Diberkati dan mengeyangkan peminumnya. 
• Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah. 
• Allah menjadikan air zam zam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
• Antara mata air syurga. 
• Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah. 
• Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah. 
• Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini. 
• Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah SAW beberapa kali. 
• Minuman orang mulia (al-abrar). 
• Menambah kekuatan badan.





Adab Minum Air Zam-Zam 
• Mengadap ke arah Qiblat.
• Membaca Basmallah.
• Menggunakan tangan kanan..

• Minum dalam keadaan tenang dengan 3 kali nafas iaitu dengan 3 kali teguk.

• Berdoa selepas meminumnya.